lautan dalam
Bahan-Bahannya:
3 cawan bijian oats
1 tin krim cendawan
1 sudu kecil bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
10 biji buah sengkuang cina - dicincang
4 biji telur ayam
3½ sudu kecil Marmite
¼ sudu kecil lada sulah
secubit garam (jika perlu)
3 batang daun bawang - dihiris
1 biji cili merah - dibuang biji dan dicincang
4 cawan Minyak - untuk menggoreng
Cara Memasak:
1.Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati, biarkan selama
lebih kurang 10 minit.
2.Kemudian sudukan bebola kecil bahan tersebut ke dalam minyak
yang panas, goreng sehingga berwarna kuning keemasan.
3.Keluarkan dari kuali dan toskan, hidang dengan sos cili.
Udang rock n rollBahan-Bahannya:
500 gm isi udang (saiz besar)
1 sudu besar bawang putih - dicincang
2 sudu besar Minyak Sawit Seri Murni
Bahan bahan sos
1 sudu besar taucu biji
2 sudu besar cili padi - dicincang
2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang
2 sudu besar cendawan butang - dicincang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar gula
garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
1 sudu besar air bancuhan tepung jagung
200 ml air
3 sudu besar Minyak
Sedikit minyak bijan
Peralatan Memasak
1 hot plate
(boleh juga menggunakan kuali masak biasa)
Cara Memasak:
1.Panaskan Minyak
2.Campur dan bancuh bersama sos cili, sos tomato, sos plum
dan sos tiram.
3.Tumis bahan-bahan yang dicincang dan taucu biji dengan api
yang perlahan sehingga layu, kemudian masukkan gula dan kacau.
4.Masukkan air dan minyak bijan kemudian kacau.
5.Pekatkan dengan air tepung jagung.
6.Padamkan api.
7.Panaskan hot plate, tuang sedikit Minyak Masak Seri Murni
kemudian tumiskan bawang putih dan goreng udang diatasnya.
8.Curahkan sos yang telah di masak tadi ke dalam hot plate dan
hidangkan.
Ketam berlada hitam
Bahan-Bahannya:
1 kg ketam bunga - dibersihkan dan dipotong dua
Bahan-Bahan Tambahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
½ cawan biji lada hitam - dikisar kasar
3 biji telur ayam
1 sudu kecil minyak bijan
1 kiub serbuk pati ikan bilis
garam secukup rasa
500 ml minyak
Cara Memasak
1.Campur dan gaulkan tepung gandum, tepung jagung, kisaran biji
lada hitam, serbuk pati ikan bilis sehingga sebati.
2.Gaul rata minyak bijan, garam dan telur bersama ketam.
3.Panaskan minyak.
4.Sadurkan ketam bersama bancuhan tepung sehingga rata.
5.Goreng ketam yang telah disadur sehingga masak kemudian hidangkan bersama hirisan timun.
Rotunda tiram
Bahan-Bahannya:
23 biji tiram kering (saiz besar)
Bahan-Bahan A
3¼ sudu besar sos tiram
1/8 sudu kecil lada sulah
1/8 sudu kecil gula
Bahan-Bahan Tambahan
800 gm pes sotong
garam secukup rasa
4 biji buah sengkuang cina - dicincang halus
3 cawan minyak
Cara Memasak
1.Rendam tiram kering semalaman, cuci dan toskan, campurkan dengan bahan A, gaul hingga sebati.
2.Kukus selama 30 minit, keluar dan rehatkannya.
3.Kemudian campur dan gaulkan pes sotong bersama garam secukupnya dan sengkuang cina yang telah dicincang halus.
4.Bungkuskan (kepalkan) tiram dengan campuran pes sotong tadi (pastikan tangan anda dibasuh sebelum memegang dan membentukkannya).
5.Panaskan minyak, goreng kepalan tiram sehingga berwarna kuning keemasan.
6.Keluarkan dan hidang bersama sos cili atau acar sayuran.
Ikan tiga rasa
Bahan-Bahannya:
500 gm ikan bawal hitam - dicuci dgn garam dan asam
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil serbuk lada sulah
300 ml minyak sawit
Bahan Bahan Sos
2 sudu besar halia - dicincang
1 sudu besar bawang putih - dicincang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
½ sudu kecil minyak bijan
200 ml air
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
3 sudu besar minyak
Bahan - Bahan Hiasan
3 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah – dibuang biji dan dicincang kasar
Cara Memasak:
1.Panaskan minyak masak.
2.Campurkan kedua-dua jenis tepung, sadurkan serbuk lada sulah bersama ikan.
3.Sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak dan toskan minyaknya.
4.Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halis dan bawang putih, layukan sahaja.
5.Masukkan air, kecilkan api, renehkan buat seketika. Campurkan tiga
jenis sos dan masukkan ke dalam kuali kemudian kacau rata.
6.Masukkan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung dan kacau cepat.
7.Hidangkan ikan dengan sos dan taburkan hirisan daun ketumbar
dan cili merah.
Udang goreng sos tomyam
Bahan-Bahannya:
1 kg udang besar
4½ sudu besar minyak
6 helai daun limau purut
3 peket pes tom yam (30gm sepeket)
10 biji cili padi - dihiris nipis
Bahan Bahan A (Dikisar Halus)
3 biji cili merah
6 ulas serai
2½ cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
175 ml air
7 sudu besar susu cair
Bahan - Bahan Perasa
3¼ sudu kecil gula
1/8 sudu kecil serbuk ikan bilis
Cara Memasak:
1.Buang kulit udang, tinggalkan bahagian ekornya, potong berbentuk kupu-kupu.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga wangi, masukkan pes tom yam. Goreng selama 2 minit. Kemudian masukkan udang dan goreng selama 5 minit.
3.Masukkan air, daun limau purut dan bahan perasa. Masak sehingga sos menjadi pekat. Tuangkan susu cair.
4.Hias dan hidangkan panas-panas
Ikan kuah lada
Bahan-Bahannya:
750 ml air } dibancuh bersama untuk
50 gm asam } air asam
¾ sudu kecil serbuk ikan bilis
1¼ sudu kecil garam
¼ sudu kecil gula
2 biji terung (saiz sederhana)
600 gm ikan pari - dipotong 5 cm setiap satu
90 ml Minyak
Bahan Bahan Rempah (Dikisar Halus)
18 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji buah keras
5 cm kunyit
2 batang serai
2 sudu kecil belacan
15 biji lada putih
2.5 cm lengkuas
Cara Memasak:
1.Terung dibelah empat memanjang, kemudian dipotong 5 cm dan direndam di dalam air.
2.Panaskan minyak dan tumis rempah sehingga wangi, masukkan air asam dan biarkan mendidih.
3.Masukkan perasa dan biarkan ia merenih selama 3 minit.
4.Masukkan terung dan renihkan selama 4 minit, campurkan ikan.
5.Hidangkan dengan sembal belacan.
Gulai ketam aci
Bahan-Bahannya:
1.5 kg ketam bunga - dibersihkan
125 ml santan pekat
350 ml air
125 ml minyak
1 kiub pati ikan bilis
½ sudu besar gula
garam secukup rasa
Bahan Bahan Rempah (Dikisar Halus)
4 tangkai daun ketumbar
20 tangkai cili kering
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar biji ketumbar
8 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 cm halia
3 cm kunyit
Cara Memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan bahan rempah yang telah dikisar halus.
2.Masukkan ketam dan kacau rata.
3.Masukkan air, santan, pati ikan bilis, gula dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga kuah pekat dan hidangkan.
Nota: Jika kuah terlalu cair, bancuh 2 sudu kecil tepung jagung dan
masukkan ke dalam kuah dan kacau rata
Ikan kukus asam pedas
Bahan-Bahannya:
1 kg ikan terubuk - dicuci dan dibersihkan dengan air garam dan asam jawa,
tarik badan ikan untuk melonggarkan tulang ikan agar
mudah dimakan
125 ml minyak
1 sudu besar gula
1 kiub pati ikan bilis
1 kiub asam jawa
200 ml air
garam secukup rasa
Bahan - bahan rempah (Dikisar Halus)
6 tangkai cili padi
15 tangkai cili kering
1 batang serai
1 sudu besar serbuk belacan
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
6 tangkai urat ketumbar
3 cm kunyit
4 sudu besar kelapa parut
Cara Memasak
1.Panaskan air kukusan.
2.Kisarkan bahan bahan rempah.
3.Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisaran, masukkan gula dan kacau rata, masukkan pati ikan bilis dan pati asam jawa, tumiskan dengan api yang perlahan sehingga rempah masak, masukkan air, renihkan sehingga kuah pekat, pastikan garam secukup rasa.
4.Letakkan ikan ke dalam talam kukusan dan kukus selama 15 ke 20 minit.
5.Apabila ikan sudah dikukus, curahkan asam pedas yang telah dimasak tadi ke atasnya, hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan.